WELCOME


Monday 16 October 2017

PETUA KAMPUNG UNTUK KURUS DAN CANTIK SECARA SEMULAJADI


Petua kampung ini boleh anda cuba kalau anda rasa takut untuk makan ubatan yang tidak diketahui kemujarabannya.

Sebenarnya, anda perlu tumpukan kepada tubuh yang sihat dan bukanlah perlu kurus hingga ‘kerempeng’, nanti cik abang pun hilang minat kerana kurang ‘isi’ untuk dilihat (atau dipegang, ehem).Ini kerana, ramai yang lebih berjaya dalam penurunan berat badan untuk jangka masa panjang apabila mereka menukar motif atau objektif asal daripada untuk kurus kepada tubuh yang sihat dan segar. Untuk petua kampung berikut berjaya, anda perlulah menukar cara pemikiran untuk menyihatkan tubuh terlebih dulu.

UNTUK WAJAH JELITA

Sewaktu berdandan pada waktu pagi, baca selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada kedua-dua tapak tangan, dan tekap ke muka berserta niat supaya menambah aura, diperindahkan peribadi. Namun, jangan takbur jika petua ini berkesan.

MELEBAT DAN MELENTIKKAN BULU MATA DAN KENING

Kalau hendak cantik, gunakan lendir pokok lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.

MENCERAHKAN KULIT WAJAH

Ambil sebatang timun, parut isinya di dalamnya dan campurkan bersama 1/2 biji asam limau nipis dan bedak sejuk, pakai di muka setiap malam. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan jerawat.

MENAJAMKAN PENGLIHATAN

Amalkan minum air suam setiap hari, mandi pada waktu Subuh dengan menyiram air pada hujung kaki terlebih dulu sebelum ke bahagian tubuh atas. Makan buahan segar seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok. Selain itu, amalkan menghadap ke arah kiblat.



UNTUK BADAN LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Bagi mengelak badan gemuk selepas bersalin, amalkan petua ini:Ambil 5 halia cina, 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu sedang berpantang.

UNTUK KURANGKAN BUNCIT

Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang diperah jusnya. Campurkan dengan kapur tadi dan gaul hingga sebati. Sapukan pada perut sebelum masuk tidur.

UNTUK KEMPISKAN PERUT

Ini adalah petua yang mudah dan murah. Ambil limau nipis dan campurkan dengan teh tanpa gula, minum setiap hari. Petua kampung yang ini sesuai untuk mereka yang tidak menghidap apa-apa penyakit.

UNTUK BIBIR MERAH SEMULA JADI

Sapu sedikit mentega atau marjerin pada bibir anda sebelum masuk tidur, amalkannya setiap hari.



CARA ELAK LEBAM ATAU LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Sewaktu anda menyapu bedak asas cecair atau penyamar noda (concealer) pada bawah mata, gunakan jari manis untuk mengurut lembut sambil membaca selawat ke atas Nabi SAW sebanyak tiga kali.

MEMERAHKAN BIBIR YANG HITAM

Ambil tiga helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu pada bibir pada waktu malam. Rajin-rajinlah mengamalkannya.

RANGSANG HORMON PENGHADAMAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Tekak akan berasa pahir dan menghantar isyarat ke otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL yang membantu kecekapan sistem penghadaman.

APA NAK MINUM DI KEDAI?

Bila makan di luar, pesan air yang masam seperti air limau atau oren kerana ia akan menggalakkan pembakaran lemak. Minta juga minuman yang kurang gula. KEBAIKAN MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah jenis rempah seperti cili, biji sawi contohnya, boleh membantu pembakaran kalori. Malah, lada hitam diketahui mampu meningkatkan penghadaman dan pembakaran lemak.

NAK MUDAH DAN SENANG UNTUK CANTK DAN KEKAL CANTIK ??

Amalkan saja supplement Cinderella Glow & Slim yang sangat mudah diamalkan. Hanya perlu kunyah2 waktu pagi 30 minit sebelum sarapan. Tak perlu bancuh, tak perlu share2. Sangat sesuai untuk mereka yang selalu sibuk dan selalu mengejar masa. 

Nak cuba Cinderella Glow & Slim? Boleh hubungi Az di link bawah ni :


www.wasap.my/60133249844
www.wasap.my/60133249844
www.wasap.my/60133249844

#cinderellaglowslim
#cinderellamagicalcreamscrub
#cinderellamagicalsoap
#cinderellaglowandslim
#azbeautyshop
#cinderellarawang
#cinderellaselayang
#aziedamug
#globalazcollectionii
#sabunmuka #sabunbiru #kulitputih

No comments:

Post a Comment